Jumaat, 7 Oktober 2011

  Bajet 2012 tingkatkan status sosio ekonomi masyarakat luar bandar


   Bajet 2012 akan meningkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat luar bandar ketika negara menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar).
Beliau berkata, belanjawan setahun yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi pendekatan berbeza ke arah menambah baik gaya hidup masyarakat luar bandar.
"Semua cadangan dalam belanjawan akan merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar dari segi daya saing, ekonomi dan keseluruhan gaya hidup.
"Saya harap kerajaan akan melaksanakan cadangan itu dengan lancar agar masyarakat tidak ketinggalan ketika Malaysia berusaha untuk mencapai status pendapatan tinggi, terutamanya dalam pembangunan segmen prasarana, perumahan dan pendidikan," katanya selepas Najib membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, hari ini.
Mengenai keseluruhan belanjawan, Rafidah yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkata, rancangan setahun itu membuktikan hasrat Perdana Menteri untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa dan serantau terutamanya ketika suasana ekonomi suram di Barat.

2 ulasan:

  1. 1 berita baik kepada pelajar sekolah....

    BalasPadam
  2. betul..........sungguh beruntung

    BalasPadam

KOMEN ANDA ADALAH SATU CARA PENYESAIAN UNTUK MEMAJUKAN BLOGSPOT INI.