Jumaat, 7 Oktober 2011

          Mansuh yuran sekolah keputusan berani


  Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah sebagai keputusan berani oleh kerajaan untuk menanggung sepenuhnya kos pendidikan negara.
Timbalan Presiden GPMS, Rosdi Amir berkata, keputusan tersebut merupakan langkah ke depan seperti yang dilakukan di negara maju.
"Ini adalah langkah ke arah persediaan sebagai negara maju seperti yang disasarkan menerusi gagasan 1Malaysia: Rakyat Dahulukan, Pencapaian Diutamakan dan keputusan itu membuktikan komitmen kerajaan.
"Pemansuhan ini membuktikan bidang pendidikan adalah sektor terpenting negara dalam melahirkan modal insan yang memiliki sifat warga glokal kelas pertama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi GPMS Johor mengulas langkah kerajaan dalam memansuhkan yuran tersebut yang dibentangkan pada Bajet 2011 petang ini.
Rosdi berkata, langkah itu adalah cerminan kerajaan dalam melaksanakan proses transformasi yang dirangka sebelum ini semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan yuran atau bayaran persatuan itu.
Katanya, langkah tersebut hanya akan menggagalkan usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan dilihat seolah-olah mahu mengambil kesempatan.

  Bajet 2012 tingkatkan status sosio ekonomi masyarakat luar bandar


   Bajet 2012 akan meningkatkan kedudukan sosio ekonomi masyarakat luar bandar ketika negara menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar).
Beliau berkata, belanjawan setahun yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi pendekatan berbeza ke arah menambah baik gaya hidup masyarakat luar bandar.
"Semua cadangan dalam belanjawan akan merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar dari segi daya saing, ekonomi dan keseluruhan gaya hidup.
"Saya harap kerajaan akan melaksanakan cadangan itu dengan lancar agar masyarakat tidak ketinggalan ketika Malaysia berusaha untuk mencapai status pendapatan tinggi, terutamanya dalam pembangunan segmen prasarana, perumahan dan pendidikan," katanya selepas Najib membentangkan Belanjawan 2012 di Parlimen, hari ini.
Mengenai keseluruhan belanjawan, Rafidah yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkata, rancangan setahun itu membuktikan hasrat Perdana Menteri untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa dan serantau terutamanya ketika suasana ekonomi suram di Barat.

                    Najib: Bajet 2012 sedia RM232.8b, defisit 4.7 peratus


        
 KUALA LUMPUR, 7 Okt — Bajet 2012 yang sedang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus.
Defisit tahun lalu adalah sebanyak 5.4 peratus.
Baket kali ini bertemakan Dasar Transformasi Negara dengan lima fokus utama.
Dalam pada itu, Bernama Online menyebut, defisit fiskal kerajaan persekutuan dianggarkan berkurangan ketara kepada 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan, demikian menurut Kementerian Kewangan.
Hasil kerajaan diunjurkan meningkat 1.9 peratus kepada RM186.9 bilion selaras dengan prospek ekonomi dalam negeri yang terus berkembang, katanya dalam Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan semalam ini.
Kementerian Kewangan berkata dasar fiskal negara bagi 2012 akan kekal berhemat dan menyokong pertumbuhan ekonomi, sambil menambah jumlah perbelanjaan kerajaan dijangka stabil sebanyak RM230.8 bilion.
Menurutnya, harga komoditi yang lebih tinggi, peningkatan akses berterusan kepada pinjaman, keuntungan perniagaan yang teguh dan keadaan pasaran pekerjaan yang menggalakkan dijangka memperkukuh penggunaan swasta dan mencergaskan aktiviti pelaburan pada keseluruhannya.
Perkembangan yang menggalakkan ini akan menyumbang kepada hasil cukai yang lebih tinggi iaitu RM135.6 bilion, katanya.
Komponen utama hasil cukai iaitu cukai langsung (RM102.1 bilion) dan cukai tidak langsung (RM33.5 bilion) dijangka terus mencatat peningkatan, mencerminkan pengembangan aktiviti ekonomi domestik yang lebih kukuh dalam semua sektor serta perdagangan sesama serantau yang menggalakkan.
Kementerian Kewangan berkata terimaan dari cukai pendapatan petroleum (RM26.2 bilion) dijangka kekal tinggi berikutan permintaan serantau yang kukuh ke atas minyak mentah dari kalangan negara Australia, India, Thailand, Filipina dan Korea.
Terimaan dari hasil bukan cukai, merangkumi pendapatan pelaburan, lesen, bayaran pendaftaran dan permit serta hasil dari wilayah persekutuan pula dijangka lebih rendah sedikit berjumlah RM51.3 bilion, katanya.
Kementerian Kewangan berkata kerajaan komited untuk mengukuhkan kedudukan fiskal seperti disandarkan kepada jangkaan defisit yang lebih rendah pada 2012.
Pada masa yang sama, katanya kerajaan akan terus menggerakkan momentum pertumbuhan serta melaksanakan inisiatif transformasi ekonomi bagi memacu negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.
Menurutnya, Belanjawan 2012 akan memperhebat usaha meningkatkan daya saing ekonomi negara melalui pelaksanaan inisiatif pembaharuan dan menggalakkan pertumbuhan yang inklusif dan mampan.
“Bagi tujuan ini, sejumlah besar peruntukan disediakan untuk program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (RM7.4 bilion), Bidang Ekonomi Utama Negara (RM4 bilion) and Inisiatif Pembaharuan Strategik (RM121.5 bilion), yang merupakan langkah penting untuk mengerakkan Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi,” katanya lagi.
Kementerian Kewangan berkata Belanjawan 2012 juga akan melaksanakan program dan projek yang mampu bertindak secara berkesan bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup, menjamin kesejahteraan rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi luar bandar serta mempercepat pelaburan swasta.

Khamis, 6 Oktober 2011

Bajet 2012 lonjak momentum ekonomi


    Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2012 yang akan dibentangkan 7 Oktober ini mesti memberi keyakinan dalam merangsangkan kegiatan ekonomi dalaman dan mampu membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Menurut Perdana Menteri, dalam persekitaran ekonomi global yang lemah dan tidak menentu, negara perlu bersandar kepada permintaan dalaman.
''Jadi Bajet 2012 mesti merangsang pelaburan, mesti membawa kepada keyakinan pengguna untuk terus berbelanja secara berhemah supaya ekonomi dalaman terus berpaksi pada permintaan yang kukuh sama ada dari segi pelaburan atau permintaan," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang sempena program turun padang ke negeri ini di sini hari ini.
Najib berkata, selain itu, Bajet 2012 juga akan melihat pendekatan bagi membantu dan melindungi rakyat daripada kesan-kesan negatif kelembapan ekonomi walaupun penurunan itu bersifat global.
''Kita menyedari ancaman itu dan dalam soal kebajikan rakyat, perlu dicari pendekatan yang sewajarnya," kata beliau.
Ditanya sama ada Bajet 2012 akan menyentuh mengenai bonus kakitangan awam, Najib berkata, apa-apa maklumat yang akan diumumkan dalam bajet tidak akan dibocorkan.
''Prinsip kita, kalau mampu, kita buat. Kalau kita tidak mampu, kita tidak buat," katanya

Rabu, 5 Oktober 2011


Najib bentang Bajet 2012 di Parlimen pada 7 Oktober


"Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober,
2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
“Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.
“Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di sini hari ini.
Najib berkata usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.
“Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.
Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Najib berkata kerajaan sudah menyediakan kerangka kerja dasar yang kukuh menerusi Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mentransformasikan negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan menjelang  2020.
Beliau juga berkata Rancangan Malaysia Kesepuluh menggariskan strategi-strategi jangka sederhana manakala Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) meletakkan asas yang kukuh untuk transformasi ekonomi dan kerajaan.
Perdana Menteri berkata inisiatif dasar ini diperkukuh menerusi prinsip 1Malaysia, dengan setiap rakyat Malaysia mempunyai tempat dan peranan dalam “perjalanan transformasi terhebat ini”.
Proses transformasi
“Kini, kita perlu merealisasikan jangkaan-jangkaan yang terhasil menerusi kerangka kerja dasar ini. Kata kuncinya ialah pelaksanaan. Saya memberi jaminan bahawa kerajaan komited untuk meningkatkan proses transformasi,” katanya.
Najib juga bangga terhadap kemajuan besar yang dicapai menerusi GTP dan ETP.
Beliau berkata GTP menghasilkan keputusan yang ketara dalam mengurangkan jenayah, kemiskinan dan rasuah, selain meningkatkan akses kepada infrastruktur asas, keputusan pendidikan dan pengangkutan awam bandar.
“Walaupun kita bangga terhadap pencapaian ini, banyak lagi yang perlu dilakukan. Dalam hubungan ini, kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk melaksanakan enam Bidang Keberhasilkan Utama Negara (NKRA) untuk rakyat,” katanya.
Mengenai ETP, Najib berkata sejak pelancarannya pada 25 Oktober tahun lepas, 54 projek permulaan (EPP), yang merupakan 41.2 peratus daripada keseluruhan 131 projek, sudah memulakan operasi.
“Pelaburan berjumlah RM106.4 bilion dijangkakan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM153.8 bilion dan mewujudkan 298,865 peluang pekerjaan.
“Ia merupakan pencapaian yang ketara dalam tempoh yang pendek dan momentum itu perlu dikekalkan,” katanya.
Beliau berkata selain itu, pelaksanaan projek Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT), serta aktiviti pelaburan yang semakin meningkat di koridor-koridor wilayah, terutama di Iskandar Malaysia, akan membantu mengekalkan momentum pertumbuhan.
“Kita berjaya menangani kelembapan ekonomi dunia. Ekonomi pulih dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 7.2 peratus pada 2010, melepasi unjuran awal sebanyak 7.0 peratus,” katanya.
Najib berkata prestasi pertumbuhan yang menggalakkan ini disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang pesat.
“Bagi 2011, kita berusaha untuk mencatat pertumbuhan 6.0 peratus,” kata Perdana Menteri, dan menambah “cabaran terus wujud”
.

Rancangan Bajet 2012


Kerajaan akan bekerja keras memastikan masalah rakyat mengenai kos kehidupan tinggi yang dihadapi mereka sekarang dapat diuruskan dalam keadaan global yang mencabar pada masa kini, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan yang terbaik dalam menangani kos yang semakin meningkat dan mencari jalan untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.
Beliau berkata Bajet 2012 akan datang akan memberikan tumpuan kepada pengurusan kos kehidupan rakyat dan kerajaan akan merancang strategi terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat dan pada masa sama menguruskan perkembangan ekonomi negara.

Justeru, katanya, kerajaan mengumumkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketujuh iaitu menangani kos sara hidup yang kian meningkat tahun ini selepas mengambil kira kenaikan harga makanan dan bahan keperluan yang berlaku di peringkat global.
“Dalam tempoh dua tahun, semenjak NKRA mula diumumkan, kos sara hidup di Malaysia telahpun meningkat, memberi kesan kepada majoriti penduduk negara ini di pelbagai peringkat.
“Ramai yang mengalami kerumitannya, tetapi kurang menyedari fenomena ini sedang dialami di seluruh dunia dan turut memberi pukulan yang agak teruk kepada negara lain.
“Apa yang nyata, sudah begitu banyak faktor global mempengaruhi kos kehidupan kita selama ini dan kesan paling teruk dirasai negara miskin dan sedang membangun,” katanya dalam blognya www.1malaysia.com.my di sini, semalam.
Najib berkata, inilah peranan yang akan dibawa NKRA ketujuh dan terbaru iaitu kerajaan akan mencari jalan terbaik memperbaiki rangkaian bekalan pertanian bagi memastikan kekurangan makanan, minimum sepanjang proses pengeluaran dan pembekalan.
Beliau berkata sistem kawalan harga juga akan diteruskan dengan pengurusan subsidi kini sudahpun dikategorikan sebagai antara yang tertinggi di dunia.
“Kita akan memperluaskan lagi inisiatif berfokuskan rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru, Menu Rakyat 1Malaysia yang menggalakkan pengusaha makanan menawarkan pakej makanan dengan harga maksimum iaitu RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari,” katanya.

Isnin, 3 Oktober 2011


Scroll Box untuk Widget


Meletakkan sesuatu widget adalah bagus untuk blog. Walau bagaimanapun, adakalanya widget tersebut boleh 'menggangu' pandangan jika mengambil ruang yang agak besar untuk blog.

Salah satu penyelesaianya adalah dengan menjadikan widget tersebut boleh scroll. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan ruang yang digunakan dan menjadikan blog anda nampak lebih kemas.
cara buat scroll box


Scroll box ini juga sesuai dengan apa sahaja widget yang anda mahu.:) Antara widget yang sesuai menggunakan scroll box ini adalah Mister Linky. Ini kerana jika jumlah pengunjung yang meletakkan url adalah banyak, ruang yang digunakan juga akan bertambah.Secara ringkasnya, apa sahaja widget yang guna kod HTML boleh guna cara ini untuk jadikannya scroll.:)Tutorial untuk membuat scroll box adalah seperti berikut..1. Dari dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript(Jika anda sudah letakkan widget hanya buka HTML/javascript widget yang anda telah letak di blog)2. Kemudian masukkan/ubah kod widget seperti berikut.


<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto; ">

Letakkan kod widget anda disini

</div>


Note :
width: ubah mengikut lebar yang anda kehendaki
height: ubah mengikut tinggi yang anda kehendaki3. Apabila selesai, save dan lihat hasilnya..

Mudah bukan..:)

Tutorial Buat Scroll Box Untuk Blog Archive


Blog archive untuk sesebuah blog boleh menjadi list yang begitu panjang apabila banyak entri yang di post atau jika sudah lama terlibat dengan dunia blogging.

Tutorial kali ini kan menunjukkan bagaimana untuk jadikan blog archive anda boleh scroll untuk menampakkannya lebih ringkas menyenangkan mata memandang.:)



Tutorial untuk buat scroll bagi blog archive adalah seperti berikut.



1. Dari dashboard > design > edit html > Expand widget templates.
(backup template untuk langkah berjaga²)

2. Menggunakan fungsi find (ctrl + F), cari kod <div id='ArchiveList'>

3. Anda akan jumpa kod ini <div class='widget-content'> sebelum kod <div id='ArchiveList'>

4. Gantikan kod <div class='widget-content'> yang anda jumpa di langkah 3 dengan kod berikut.


<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>


Note: Anda boleh tukar 200px dengan ketinggian yang anda mahukan.

Contoh:

Sebelum.


Selepas


4. Save dan lihat hasilnya.:)

-------------


Untuk scroll box widget lain yang menggunakan html code, boleh rujuk
 tutorial scroll box untuk widget

Tips SEO : Url blog / Niche blog

Apabila hendak daftar buat blog pada kali pertama, apa yang anda pikirkan.? Semestinya anda akan pikir apakah alamat blog yang anda rasa berkenan. Mungkin pada awal berblogging url blog dirasakan tidak penting, tetapi setelah lama sedikit dalam arena blogging ini, barulah diketahui pentingnya untuk mempunyai alamat blog yang bagus.



Ini kerana, alamat blog atau senang dinamakan url blog adalah salah satu faktor utama dan paling penting untuk SEO.

Apabila memilih url blog yang betul, secara tidak langsung anda telah menggunakan teknik SEO samada anda sedar atau tidak pada permulaannya. Anda juga boleh tengok url blog tutorial ini, iaitu tutorialuntukblog. Walaupun sebelum ini admin juga ada buat tutorial di blog unwanted, kemudian admin sambung di blog ini. Tajuk yang admin pilih untuk blog ini memang untuk menjadikan lebih mesra SEO.



Niche blog boleh dikatakan sama sahaja dengan alamat blog dan url blog, tetapi perkataan niche ini biasanya digunakan untuk blogger yang menggunakan domain dan hosting sendiri.

Contoh?

Anda hendak buat blog berkaitan komputer, dan hendak mendapatkan trafik ke blog tersebut dengan menggunakan url yang sesuai,
so url yang mungkin bagus untuk SEO anda ialah; tipskomputer, tips-komputer, belajarkomputer, ilmukomputer. Jika url sebegini digunakan, kemungkinan untuk diindex di engin pencarian adalah lebih tinggi.


Bagaimana jika url sekarang tidak seperti yang dikehendaki.?

Tidak perlu bimbang dan tergesa-gesa. Kalau blog anda sekarang bukan url yang bagus, ada boleh tukarkan alamat blog, tetapi admin rasa tidak ramai yang sanggup lagi² jika url blog itu memang sudah ada maksud yang tersendiri. Admin juga sayang url unwanted86 apa dan admin tidak tukar pun.:)

Jangan bimbang kerana tidak semestinya faktor url blog sahaja untuk SEO ini, ada lagi faktor² lain yang berkaitan. Cuma kalau url 'kena' menguatkan lagi SEO anda. Tetapi jika url anda tidak begitu cantik, boleh guna lagi teknik² SEO yang lain. Jika url anda cantik, anda ada satu kelebihan.:) 

Buka Link Baru Apabila Klik Pada Gambar


Apabila upload gambar menggunakan kaedah yang telah tersedia oleh blogger.com, secara default gambar tersebut akan dibuka pada page yang sama.

Ada ketikanya ianya bagus apabila merujuk kepada blog yang sama, tetapi kurang bagus apabila seorang blogger hendak merujuk kepada tempat lain. ini kerana apabila buka pada page yang sama, pengunjung terpaksa menekan button back untuk kembali kepada blog asal.

Tutorial ini akan menerangkan bagaimana untuk menjadikan gambar yang mempunyai link akan dibuka pada tab yang baru apabila diklik.

Perhatikan kedua-dua gambar ini, sila klik pada keduanya.

1)Gambar 1

Buka Link Baru Apabila Klik Pada Gambar


2)Gambar 2

Buka Link Baru Apabila Klik Pada Gambar


Gambar pertama tidak memberi kesan apa², tetapi gambar kedua membawa anda ke yahoo.com .(memang sengaja di'link'kan kepada yahoo).

Jangan terkejut jika tutorial ini sangat mudah.:)

<a href="Letakkan link untuk dibuka disini" target="_blank" >
<img src="Letakkan url gambar disini"/></a>


Sebagai contoh, untuk kod gambar kedua adalah seperti ini
<a href="http://www.yahoo.com" target="_blank" >
<img src="http://www.google.com.my/intl/en_com/images/logo_plain.png"/></a>


  • Untuk gambar kedua, link akan dibuka pada tab baru. Jika anda ingin link dibuka pada page yang sama, buang target="_blank"
  • Kaedah lain untuk buka link dalam page yang sama boleh guna terus aplikasi upload gambar dan letak link yang ada masa buat new post.:)

Permulaan : Cara Buat Akaun Blogspot


Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.

Cara Buat Akaun Blogspot


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.
Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disinihttp://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.
1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'
Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. 

Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)
Cara Buat Akaun Blogspot

Sabtu, 1 Oktober 2011

           5 PELAWAT BLOG YANG MEMBERI TRAFIK TINGGI KEPADA BLOGGER.




      (1) Visitor
   
      Setiap blogger memang mengidamkan blog yang mereka sentiasa dilawati dengan pelawat.Kita  jarang yang ambil berat mengenai jenis pengunjung blog yang blogwalking ke blog masing-masing. Hal ini penting kerana pengunjung menjana kepada trafik visitor dan view visitor.





(2) Pelawat Setia
                            Mereka ini ialah penjana utama kepada bilangan pelawat kepada sesebuah blog. Mereka akan tetap setia untuk melawat sesebuah blog. Setiap kali online pasti pengunjung ini akan melawat blog yang disukai walaupun tuan blog itu tidak melawat kembali blog yang dikunjungi. Agak susah nak dapatkan pengunjung jenis setia kerana tuan blog atau blog itu mestilah mempunyai daya tarikan yang kuat. Daya tarikan samada dari segi penulisan,penerbitan mahupun blogger itu sendiri.






(3) Pelawat Keluarga dan Kenalan

                Pelawat dari kalangan keluarga dan juga kenalan yang dikenali. 2 jenis pengunjung ini agak setia dan mungkin tidak mempunyai blog tapi suka kepada hobi melihat blog orang dikenali bagi mengetahui perkembangan semasa. Pelawat kenalan ini boleh juga didapati dari kawan baru dikenali apabila menyertai facebook, dan smber yang lain. Dicadangkan cuba menjalinkan persahabatan dengan ramai kenalan baru.






  
(4) Pelawat dari iklan dan backlink

      Pelawat jenis ini melawat sesebuah blog selepas membaca dari iklan-iklan yang disewa di blog lain. Trafik dari cara ini agak memerlukan perbelanjaan tapi dijamin pulangannya lumayan jika kena dengan pelaburannya. Pelaburan dengan menyewa iklan di blog yang memberi trafik yang stabil dan banyak setiap hari. Trafik yang tidak perlu mengeluarkan wang ialah trafik dari pengunjung yang berkunjung ke blog hasil dari backlink di entry blog lain. Nickname yang menarik atau nama blog juga mudah menjadi tarikan; ” Maklumat Semasa Blogspot 





(5) Pelawat Ibu Bapa 

    Pengunjung golongan ibu bapa kebiasaannya lebih sukakan entry yang lebih matang dan menceritakan kisah kehidupan yang lebih realistik. Perkara yang pertama yang dilihat lebih kepada pengisian sesebuah blog berbanding pada rupa blog menarik atau tidak.

Jumaat, 30 September 2011


           CARA TINGKATKAN TRAFIK DENGAN MUDAH & SENANG




  
Salam...di sini aku ada  tips yang baru aku dapat...Tips pasal meningkatkan trafik ke blogspot dengan cara membina backlink...
Sila baca post ni dipetik dari rakan2 di forum carigold.com




Trafik Percuma! Backlink
Trafik atau pengunjung merupakan satu faktor utama jika anda menjalankan bisnes, tak kira samada dilakukan online, mahupun secara offline. Untuk mendapat traffic atau kunjungan potensi pelanggan, terdapat pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah mendapatkan backlink. Apa kata kita ikuti cara ini:


FORMULA TINGKAT TRAFIK DI BLOG DENGAN MUDAH DAN SENANG

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


1. Asli Softare 
2. Lirik Musik Indo 
3. Asing Music Lyrics
4. Free Templates
5. Jogja-Blogger
6. Tutorial Blogging | Internet Bisnis Online
7. pVidia Blog
8. Stop Dreaming Start Action (Jonru)
9. Bisnis di Internet
10. Blogging-Surfer
11. Tintalughahwi
12. Igauan
13. Ad-dai'
14. 
PentingTip Widgets 

15. http://v12gether.blogspot.com/
                          SILA COPY DAN PASTE KE BLOG ANDA


PERATURAN 1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat!Amaran!! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlinkmaksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapatMaksimum backlink. Jangan salahkan saya jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link.
Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).Jujurlah agar kita sama-sama berjaya

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA