Sabtu, 1 Oktober 2011

           5 PELAWAT BLOG YANG MEMBERI TRAFIK TINGGI KEPADA BLOGGER.




      (1) Visitor
   
      Setiap blogger memang mengidamkan blog yang mereka sentiasa dilawati dengan pelawat.Kita  jarang yang ambil berat mengenai jenis pengunjung blog yang blogwalking ke blog masing-masing. Hal ini penting kerana pengunjung menjana kepada trafik visitor dan view visitor.





(2) Pelawat Setia
                            Mereka ini ialah penjana utama kepada bilangan pelawat kepada sesebuah blog. Mereka akan tetap setia untuk melawat sesebuah blog. Setiap kali online pasti pengunjung ini akan melawat blog yang disukai walaupun tuan blog itu tidak melawat kembali blog yang dikunjungi. Agak susah nak dapatkan pengunjung jenis setia kerana tuan blog atau blog itu mestilah mempunyai daya tarikan yang kuat. Daya tarikan samada dari segi penulisan,penerbitan mahupun blogger itu sendiri.






(3) Pelawat Keluarga dan Kenalan

                Pelawat dari kalangan keluarga dan juga kenalan yang dikenali. 2 jenis pengunjung ini agak setia dan mungkin tidak mempunyai blog tapi suka kepada hobi melihat blog orang dikenali bagi mengetahui perkembangan semasa. Pelawat kenalan ini boleh juga didapati dari kawan baru dikenali apabila menyertai facebook, dan smber yang lain. Dicadangkan cuba menjalinkan persahabatan dengan ramai kenalan baru.






  
(4) Pelawat dari iklan dan backlink

      Pelawat jenis ini melawat sesebuah blog selepas membaca dari iklan-iklan yang disewa di blog lain. Trafik dari cara ini agak memerlukan perbelanjaan tapi dijamin pulangannya lumayan jika kena dengan pelaburannya. Pelaburan dengan menyewa iklan di blog yang memberi trafik yang stabil dan banyak setiap hari. Trafik yang tidak perlu mengeluarkan wang ialah trafik dari pengunjung yang berkunjung ke blog hasil dari backlink di entry blog lain. Nickname yang menarik atau nama blog juga mudah menjadi tarikan; ” Maklumat Semasa Blogspot 





(5) Pelawat Ibu Bapa 

    Pengunjung golongan ibu bapa kebiasaannya lebih sukakan entry yang lebih matang dan menceritakan kisah kehidupan yang lebih realistik. Perkara yang pertama yang dilihat lebih kepada pengisian sesebuah blog berbanding pada rupa blog menarik atau tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOMEN ANDA ADALAH SATU CARA PENYESAIAN UNTUK MEMAJUKAN BLOGSPOT INI.